Sunday, September 6, 2009

PENGURUSAN SMK SRI RAHMAT 2009


dari kiri: Pn Chua, Pn Shahrul, Pn Pengetua-Pn Hjh Zaini Embong, PK Kurikulum - En Hamran Isa, PK Kokurikulum- Pn Fariza dan Pn Azizah

PENGURUSAN SMK SRI RAHMAT 2009


Pengetua dan Penolong Kanan 2009

E. Hamran Isa, (PK1)Hjh Zaini Embong (Pengetua)Pn Sharul (PKHEM) Pn Fariza (PK Koko)




KEGIATAN SEPANJANG TAHUN
KELAB SENI BUDAYA

1.Pada 15 April 2009, pelajar-pelaja tarian lantai emas SMK sri rahmat yang merupakan ahli-ahli kelab seni budaya telah menyertai pertandingan tarian peringkat daerah yang diadakan di SMK Mohd Khalid
Dengan sukacitanya,kumpulan tarian lantai Emas SMK Sri Rahmat telah mendapat
Johan. Pada 25 April 2009, kumpulan tarian lantai emas mendapat Naib johan dalam
pertandingan tarian peringkat Negeri yang berlangsung di Kulai.selain itu,

2. Pelajar-pelajar ini juga telah mendapat Naib johan dalam Pertandingan Zapin Daerah johor bahru anjuran Yayasan Warisan Johor.

3.Pelajar-pelajar Tarian Lantai Emas juga telah menyertai beberapa persembahan dan juga telah menjayakan Malam Apresiasi seni di RTM, JB Akhir sekali, diharap kelab seni budaya akan lebih cemerlang pada akan dating dan sekaligus dapat mengharumkan nama sekolah.

Disediakan oleh,
Siti NUR ATIKAH BINTI RAMLI
Setiausaha Kelab Seni Budaya

selamat menyambut hari kemerdekaan..DIRGAHAYU MALAYSIAKU


DIRGAHAYU MALAYSIAKU

Ceramah Ustaz Dr Hafiz UTM

Tadi malam Penceramah kem Motivasi Bimbingan kaunseling bagi pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 berucap dalam majlis ceramah selepas solat terawih .Kata-katanya menyentuh hati..
..........saya berasal darii orang susah dari Felda Bukit Ramon ,Kulai,bapa bekerja kebun kelap sawit, setiap hari petang, manakal jumaat dan sabtu sehari suntuk kami di kebun..sambil solat asar di kebun..hidup kami tiada Tv..tak mampu nak beli tv..hari-hari setiap malam..selepas kami solat isyak di masjid,pulang ke rumah..bermesra adik - beradik...walaupun tiada tv..suasan begitu menginsafkan kami, kami dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada buku, sangat mesra dengan ayah, ibu dan adik beradik....

CUBA RENUNGKAN:
..PERNAHKAH KITA BERTERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA ATAS TITIK PELUHNYA MENJAGA KITA HINGGA REMAJA
..pernahkah kita berfikir, kita kan gunakan duit pemberian ayah ibu..atau biasiswa yang kerajaan bagi tu untuk kemajuan pelajaran kita...BUKAN TOP UP HANFON
.....PERNAH KITA ,,memikirkan menyayangi ibu, ayah, adik beradik kita..kerana kita perlu sedar suatu hari nanti,,,ayah,,ibu akan tiada..manakala adik, abang , kakak..akan ke alam rumah tangga, bekerja..atau berpindah ke tempat lain...saat itulah baru kita terasa rindu akan mereka./olehitu sayangilah mereka...tunjukkan anda berjaya dalam pelajaran ..sebagai tanda kasih anda kepada mereka...

Saturday, September 5, 2009

SMK SRI RAHMAT 2009


MAJLIS BERBUKA PUASA SMK SRI RAHMAT

Selamat berpuasa kepada semua rakan pelajar SMK SRI RAHMAT. Majlis berbuka peringkat sekolah akan diadakan pada Sabtu 5 September 2009 di Surau Rhaudatul Rohmah.
Semua pelajar dijemput hadir.



Friday, September 4, 2009

PMR / SPM : ANDA MASIH BELUM TERLAMBAT

Assalamualaikum kepada adik-adik di SMK Sri Rahmat:

PMR akan menghampiri sebulan lagi manakala SPM 2 bulan lagi. Bagi yang bersedia tahniah diucapkan. bagi yang belum bersedia , sedang bersedia, belum langsung bersedia, atau baru tergerak nak bersedia , atau langsung tak sedia, MASIH ADA MASA LAGI untuk anda menggapai kejayaan dalam PMR. Cuma jenis kejayaan saja yang belum kita ketahui. Sama ada Kejayaaan All England ( Semua E), Strait A,s ( Semua A), anda yang mampu mencorakannya.
Dalam masa sebulan ini, saya berikan tips mudah untuk berjaya yang paling MINIMA

1. Baca semua buku catatan atau buku tulis ketika di kelas

2. Kalau anda tak pernah mempunyai buku catatan atau buku tulis pun tak bawa ke sekolah, datang lenggang kangkung ke sekolah, anda juga boleh berjaya. Caranya, pergi ke kedai buku, beli soalan-soalan SPOT PMR atau SPM. anda baca saja buku tu. Tak tau jawapan? MUDAH. SALIN JAWAPAN DI BELAKANG KE RUANG JAWAPAN DI SOALAN ASALNYA. Baca soalan2 itu dan jawapannya BERULANG-ULANGKALI.
Anda mesti ingat, kejayaan dan kemanisan belajar dan bersekolah hanya SEKALI SEUMUR HIDUP. Ingat! PMR sekali seumur hidup. PMR tak macam dulu semasa SRP.Kalau tak lulus SRP boleh mohon Tingkatan 3 dan ulang SRP. Oleh itu, TINGGALKAN SEKEJAP SEBULAN INI perosak-perosak berikut:

1. KAWAN-KAWAN YANG AJAK PONTENG
2. KAWAN-KAWAN YANG AJAK MAIN GAME DI CC
3. KAWAN-KAWAN YANG AJAK RONDA MALAM ,LEPAK DI DANGA BAY
4. KAWAN-KAWAN YANG ASIK MIRC,YM,FRIENSTER,MYSPACE ATAU FLIXTER..tumpukan STUDY EXPRESS PMR YANG SAYA AJAR TADI

INGAT: STUDY EKSPRESS NI BELAJA MURAH AJA
1 BUKU HANYA rm 3.00..KALAU 7 KERTAS BARU KENA KELUAR rm 21.00. KALAU MINTA MAK ATAU AYAH, ATAU CIKGU PON KERANA AWAK DAH SEDAR NAK LULUS PMR DENGAN CARA INI..MEREKA SANGGGUP KELUAR DUIT..dengan syarat , awak janji belajar bersungguh-sungguh. INGAT..jika anda berjaya..anda yang menikmatinya..KALAU ANDA RAKAN ANDA YANG MELAHU SANA SINI..anda juga yang akan merasai kesusahannya nanti

Thursday, September 3, 2009


HARI USAHAWAN

hari uasahawan 2009



Hari Usahawan telah diadakan pada 2 Jun 2009. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh En hambali Munadi iaitu Penegrusi PIBG SMK Sri Rahmat. Menurut Pn Fariza Daud, Penolong Kanan Kokurikulum merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Hari Usahawan, kesemua persatuan , kelab dan badan beruniform diwajibkan membuka gerai jualan.